XCAPE RESORT : Aktiviti rempuh 13 halangan sepanjang 1.3 km

Minat sukan lasak? Kalau setakat 13 halangan sepanjang 1.3 kilometer apa ada hal kan? Apa pun, setiap halangan ada susah dan cabaran yang tersendiri. Aktiviti ini termasuk sekali dengan pakej yang ada di XCape Resort @ Sungai Lembing. Rugilah andai tidak cabar diri untuk merentasi segala halangan yang berliku itu. Huhuhu. 

Sebelum bermulanya aktiviti, kami diberi sedikit penerangan berkenaan aktiviti ini serta halangan-halangan yang bakal kami tempuh. Setiap halangan akan menguji fizikal kita yang berlainan. Mampu tak nak habiskan semua?



Bermula dengan lari-lari anak sambil mengelak tong-tong kosong itu. Waktu ini, Fiqqq laju main cilok-cilok macam memotong kereta di jalan raya. Hahaha. Ke kanan dan ke kiri. 


Ini pun senang je. Lari-lari dan agak-agak dah nak sampai, kita slide. Ecehhhh. Macam boleh buat gitu. Walhal punya lah berhati-hati waktu lalu bawah kayu ni. Kebetulan bawa beg maka sedikit kesusahan melanda sebab beg tersangkut. Haihhh.


Halangan ini mengingatkan Fiqqq terhadap cerita-cerita yang ada stund kung-fu. Lari-lari terus luruskan badan dan masuk dalam gegelung tayar. Fiqqq cuba juga buat begitu namun hampa. Perut tersangkut. Azab. Hahaha.


Bahagian ini pun Fiqqq suka juga. Ala-ala Maze Runner. Kita perlu lalu dan cari jalan keluar di penghujung. Salah masuk, maka perlu berundur. Nampak mudahkan sebab ibarat kita boleh agak jalan di hadapan. Tapi, agak sukar sebab kita boleh salah jalan dek tersalah mentafsir atau membuat andaian jalan yang kelihatan agak sama. Fuhhhhh.



Untuk halangan yang ini sebenarnya memerlukan kita untuk merangkak. Tapi kerana sayangkan seluar kaedahnya, Fiqqq pun merangkak ibarat hmmmmm untuk melepasi halangan ni. Laju kemain. Hahaha. Mestilah. Fiqqq nak menang.



Halangan yang paling mencabar bagi Fiqqq. Halangan yang memerlukan untuk kita bergayut dan menampung berat badan kita sendiri supaya tidak jatuh. Tangan kena kuat woooo. Fiqqq macam biasa lah. Kalau setakat bergayut sikit macam ni, jatuh itu pasti. Hahaha.



Halangan ini pula ala-ala lumba lari berpalang. Tapi tidak boleh laju sangat. Khuatir ada yang tersangkut lalu tergolek. Ada kayu halangan yang rapat dan ketinggian yang tidak sama. Mula-mula rendah, kemudian tinggi dan rendah semula. Kena lah pandai agak. Kan?


Jalan atas jaring perlu ada keseimbangan badan. Kalau tidak, susah untuk berdiri dan kita perlu jalan dengan laju untuk naik serta capai tiang di tengah. Selepas melepasi tiang itu, kita perlu berguling. Fiqqq pun berguling lalu terlanggar tembok tanah dan terhasil satu bunyi ibarat nangka busuk jatuh.

"Gedebukkk!!!"

"Fiqqq, okey tak?"

Alhamdulillah tidak ada apa-apa. Walhal Fiqqq tidak dengar pun bunyi 'gedebuk' itu. Hahaha.


Bagi yang selalu masuk lompat jauh mesti bukan satu masalah untuk melepasi lopak air tersebut. Cuma yang membezakannya ialah selepas lompat dari lopak air, kita perlu terus mendaki tanah tinggi. Ada yang lepas ketika melompat namun hampir terjatuh ke lopak air apabila hilang imbangan ketika mendaki tanah tinggi.


Berlumpurlah kita selepas merentasi halangan ini. Merangkak hingga ke hujung. Fiqqq cuak juga nak lalu bawah halangan hitam ni. Kot kot ada biawak dalam tu. Haishhhh. Memang kejung Fiqqq dalam tu. Tak boleh, tak boleh.


Halangan imbangan badan ini senang je. Jalan perlahan-lahan, sampai tengah cuba untuk jatuhkan terlebih dahulu hujung kayu bahagian hadapan supaya senang untuk kita turun. 


Halangan terakhir. Lari selaju yang mungkin. Awasi langkah kita sebab takut tersangkut dalam tayar maka terjatuhlah kita. Hahaha. Siap ada yang berangkat-angkat tangan tuk imbang badan. Fiqqq pun gitu juga. Cuma, nasib baik sudah biasa dan dengan selamba berlari laju. Hahaha. 


Sampai lah di garisan penamat. Sekejap je kan? Haaa. Setiap halangan diletakkan tidak terlalu dekat dan tidak terlalu jauh. Jadi, selepas satu halangan yang kita tempuh, kita boleh bersenang diri untuk berjalan ke lokasi halangan seterusnya. 13 halangan dalam 1.3 kilometer perjalanan tidak terlalu jauh bagi Fiqqq. Cukup untuk rasa seronok melakukan aktiviti dengan geng-geng semua.

Serius seronok buat sukan begini. Itu pun, Fiqqq dimaklumkan bahawa mungkin akan ada penambahan halangan dan sedikit pembaikan untuk berikan aktiviti yang lebih mencabar. Kalau datang ramai-ramai atau buat team building pun sesuai.

Kalau nak maklumat dengan lebih terperinci, cuba hubungi Ms. Fied Jeffri - +60195249999 atau layari www.xcape.com.my. Fiqqq memang tunggu masa untuk pergi lagi sebab ada banyak aktiviti yang boleh kita buat. Woot woot !!!