Fuhhhh ... Banyak betul pilihan makanan dan minuman di Food Mega Festival, Bulatan Bazarena, Shah Alam ni. 27 Ogos hingga 28 Ogos 2016 saja jika tidak silap Fiqqq. Buka daripada jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam. Banyak gerai. Jadi, pening juga Fiqqq nak buat pilihan. Semua nampak sedap dan menyelerakan. Lebih-lebih lagi sedang lapar. Ikut nafsu, binasa. Habis semua dibelinya nanti. Maka, beli mana yang teringin nak makan. Hahaha.
Waktu Fiqqq sampai dengan geng, tidak berapa ramai. Mungkin panas sebab pukul 2.00 petang tapi kelihatan makin ramai yang berkunjung bermula jam 3.00 petang ke atas. Mereka buat konsep bulatan dan ada pentas di tengah-tengah. Palet pula sengaja diletakkan untuk duduk sambil menjamah makanan yang dibeli.
Tidak sempat pusing habis terus singgah sini. Panas dan tidak tertahan lagi melihat air sejuk bergelas besar ni. Hahaha. Maka, masing-masing buat pesanan ikut selera tekak. Jadi Fiqqq beli air Ribena apa entah nama dia. Hahaha. Serius hilang terus dahaga. Puas minum. Almaklumlah sebab gelas besar. Ikut nafsu, nak saja beli lagi satu.
Fiqqq ni jenis kuat makan. Boleh dikatakan perlu banyak bersabar apabila tengok makanan yang terhidang. Boleh boros beli makanan. Hahaha. Sedang beratur beli air, mata tertumpu kedai sebelah.
Terus rasa lapar. Sambung beratur kedai sebelah untuk beli makanan pula. Sotong cheese dan Meatball cheese menjadi pilihan. Fuhhhh makanan dia. Sedap. Lebih-lebih lagi makan panas-panas dengan geng. Hahaha.
Oleh kerana Food Mega Festival ini berlangsung selama dua hari, maka mungkin akan berkunjung esok hari pula untuk cuba makanan yang lain. Jom ... Jumpa di sana ya!!!