2. Susun roti dalam bekas kaserol dan taburkan coklat chip ke atasnya.
3. Pukul telur bersama gula perang sehingga kembang.
4. Masukkan susu dan serbuk kulit kayu manis. Kacau sekata. Kemudian, tuang atas roti yang dah kita susun-susun.
5. Tabur sedikit gula perang ke atasnya. Jangan banyak sangat tau. Hahaha.
6. Masukkan ke dalam ketuhar dan bakar selama 15-20 minit.
Itulah dia resipi yang senang-senang je nak sediakan. Kalau Fiqqq boleh buat. Hahaha. Walhal membantu di dapur sahaja. Cubalah untuk buat. Yakin jadi. Andai kata tidak jadi, jangan berhenti. Buat untuk kali kedua dan seterusnya. Lama-lama, mesti campak-campak, tahu-tahu siap.