Rainbow Waterfall Sg. Lembing : Breathtaking !!!


Cantikkan? Fiqqq memang teruja habis apabila sampai di sini. Rainbow Waterfall di Sungai Lembing. Bukan takat teruja saja, melopong semua ada. Memandangkan kena jaga image, ecehhhh, Fiqqq pun buat-buat tenang.

Tengok gambar ni saja sudah teruja nak pergi lagi. Kalau tengok depan mata, mesti nak berada di situ agak lama. Dengan suasana yang nyaman, pemandangan yang sangat cantik serta air yang sejuk. Mandi puas-puas sambil melihat pelangi depan mata sendiri. Fuhhhh!!!

Tarik nafas terlebih dahulu ... 1 ... 2 ... 3 ... Jom Fiqqq cerita 4x4 to Rainbow Waterfall ...



Fiqqq dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari bergerak selepas sarapan dari Xcape Resort @ Sg Lembing . Perjalanan mengambil masa dalam 30 minit. Tidak jauh mana pun sebenarnya, cuma laluan ke sana agak berliku. Dengan menaiki 4x4 memang seronok sebab ada redah sungai kecil, lopak air yang besar, mendaki dan sebagainya. Mencabar dan buat Fiqqq tidak senang duduk. Hahaha.



Apabila tiba di sini, Fiqqq perlu persiap diri. Lebih-lebih lagi perlu simpan barangan elektronik seperti telefon dan sebagainya. Redah sungai ni. Air agak deras. Mungkin sebab hujan pada malam sebelum. Nampak macam senangkan? Tapi perlu berhati sebab apa-apa pun boleh berlaku. Maka, tali tu dinasihatkan untuk tidak kita lepaskan.



Perjalanan ke Rainbow Waterfall ambil masa sekejap saja sebab hanya 1 000 meter. Tidak jauhkan? Bagi yang sudah biasa dengan aktiviti mendaki mesti tidak ada sebarang masalah. Untuk yang baru nak berjinak mendaki, Fiqqq memang cadangkan tempat ini merupakan tempat yang terbaik sebagai permulaan.


Selepas beberapa minit perjalanan, sudah mula mendaki di kaki bukit untuk ke atas. Agak licin terutama batu-batu yang ada. Jalan pula agak basah dan berlecak. Jadi pemilihan kasut perlu diambil berat untuk naik ke atas. Tapi waktu turun, Fiqqq pakai selipa sebab tapak kasut tercabut. Haihhhh lahhh. Hahahaha.


Waktu mendaki memang sudah ada rasa tidak sabar untuk tiba di atas. Almaklum, laluan ke atas bersebelahan dengan sungai. Lebih tinggi kita naik, lebih kuat bunyi deras air. Lagi teruja dan bersemangat untuk naik. Sampai satu checkpoint, Fiqqq nampak punca air terjun. Lagi lah teruja. Berkobar-kobar nak percepatkan langkah.



Dah sampai atas. Memang hilang kata-kata. Just take a silent moment for awhile. Menikmati keindahan yang betul-betul indah. Pergi sendiri dan wajib lihat sendiri. Adakalanya Fiqqq tidak tahu bagaimana nak terangkan seronok, teruja, dan macam-macam lah. Hahaha.

Memang seronok ...


Apabila sudah puas walaupun tidak puas-puas berada di atas, maka Fiqqq pun turun sebab masa sangat cemburu. Huhuhu. Mana boleh bersekejap-sekejap berada di tempat yang seronok. Kan .. kan ... kan ??? Fiqqq memang gunakan masa yang ada untuk lihat keadaan sekeliling dan rasa sendiri berada di situ. Arghhhhhh ... Ada masa memang Fiqqq tidak teragak-agak untuk datang lagi.

Jom !!!