Nights of Fright 4 : Masuklah kalau berani ...

Hahahaha. Gelak terlebih dahulu. Sebab Fiqqq agak tidak gemar untuk masuk rumah hantu. Tak takut pun cuma tidak suka gelap. Hahaha. Alasan. Tapi cuba juga masuk. Dapat sedikit keberanian sebab tahu hantu-hantu dalam itu semua hantu luar negara. Tahu semua tipu.


Ini merupakan siri rumah hantu yang keempat. Pertama, kedua dan ketiga Fiqqq tidak berpeluang untuk masuk walhal memang elakkan diri. Hahaha. Apapun, Nights of Fright 4 ini bermula 7 Oktober sehingga 31 Oktober 2016 di Sunway Lagoon. Buka malam sahaja kalau tidak silap. Siang-siang hantu pergi kerja dan ada yang tidur. Malam baru muncul.


Teringin sangat nak 'face to face' dengan hantu? Silakan. Berlambak ni. Tahu-tahu ada sahaja di sebelah, ada je yang menegur, ada sahaja muncul secara tiba-tiba. Terperanjat boboi. Hahaha. Bagi Fiqqq yang takut gelap memang sesuai untuk atasi takut di sini. Bukan penakut cuma tidak suka keadaan yang gelap.

1. Malaya High School


Rumah Hantu pertama yang Fiqqq serbu dengan geng Kelab Blogger Ben Ashaari. Apabila nampak perkataan High School sahaja Fiqqq terbayang kisah-kisah seram masa tinggal di asrama waktu sekolah. Cuak weyyy. Hahaha.


Sekejap sahaja perjalanan dalam ini tapi terketar juga lah lutut. Tapi tidak lah takut sangat. Terkejut biasa sahaja. Orang kata takut tu baru nak warming up. Almaklum, rumah hantu yang pertama. Hahaha. Walhal, masing-masing tarik beg satu sama lain.

2. Chaonei


Kita perlu pakai cermin mata UV3D tau. Dalam gelap, sangat gelap dan semua cahaya dalam rumah hantu ni memang nampak cantik dan seram. Lagi-lagi apabila terserempak dengan minah hantu ini. Terkejut wey. Habis bingit telinga orang depan. Hahaha. Terlepas sikit je la tapi.

3. Diyu - Journey of Judgement


Nampak tak apa yang Fiqqq nampak? Haaaa. Agak tidak suka juga di sini. Dah lah gelap, sengaja letak warna-warna merah. Haihhhh. Laluan terowong ini agak menyeramkan. Siap di pesan, jangan pandang atas untuk keselamatan. Fiqqq pula jenis kalau sudah diberitahu lagi nak tengok walhal takut. Ada apa? Masuk dan tengok sendiri ...

Cuma kalau ada rumah kosong, jangan tegur macam-macam. Sebab terkena ...

4. Evil Industries


Dalam banyak-banyak rumah hantu, dalam industri berhantu ini paling buat Fiqqq berdebar dan sebolehnya jadi lipas kudung. Langkah besar. Rumah hantu yang ini memang style. Fiqqq tidak mahu cerita lebih sebab yang ini memang kena masuk sendiri.


Untuk ambil gambar, Fiqqq terpaksa berpaut pada geng yang ada sebab tersangat tidak suka hantu ini. Muka dia macam muka hantu dalam cerita Sinister. Boleh mengigau tengok ini. Beranikan juga amik gambar sebab nak kongsikan dengan semua. 

Memang pengalaman masuk rumah hantu yang sangat seronok. Lebih-lebih lagi dengan geng semua. Mudah terhibur orang cakap. Cuak pun ada juga. Senang cerita semua ada. Ada masa kau gelakkan orang lain takut dengan hantu. Tapi ada masa, kau sendiri takut bila dah jumpa hantu yang memang kau takut.

Sebelum Fiqqq lupa ...

Tempat : Taman Tema Sunway Lagoon
Tarikh : 7 Oktober - 31 Oktober 2016
Masa : 7.30 malam - 11.30 malam
Tiket : RM 58 (Harga biasa)
RM 50 (Harga pelajar)
RM 80 (2 tiket untuk kemasukan pada hari Ahad sahaja)

Telefon : 03-5639 0000
Website : www.sunwaylagoo.com

Semoga selamat lah semuanya ya. Hahahaha.