Siapa layan anime? Hahaha. Kita geng. Saja
Fiqqq ingin kongsikan link untuk layan anime sampai lebam. Boleh terus ke
kissanime.to . Dalam laman web ini boleh layan anime yang terbaharu dan yang lama juga. Senang cerita semua segala cerita anime ada di sini. Pilih sahaja kategori dan kalau nak layan semula cerita lama pun boleh.
Fiqqq tengah layan cerita Tales of Zestiria the X . Lebih kepada aksi dan fantasi. Cerita yang melibatkan ada super power dan kuasa-kuasa yang mereka ada akan meningkat setiap siri menjadikan Fiqqq layan dan sanggup tunggu untuk episod seterusnya. Terutama senjata yang digunakan akan bertukar setiap kali ada kuasa baru. Menarikkan?
Andai kata dulu layan anime di televisyen dan asyik ulang-ulang dan tak habis. Boleh je cari di sini. Tengok lah puas-puas. Pasti tidak tertinggal satu siri pun. Hahaha. Memang banyak. Ingat nama anime, cari terus.
Kemudian, kita boleh pilih pixel sama ada nak 720p atau 1080p. Ada sesetengah anime boleh tengok dengan resolusi 1080p. Memang puas hati dan layan habis. Walau bagaimanapun, 720p pun sudah cukup cantik gambar anime tersebut.
Adakalanya, Ibu selalu bising. 'Dah besar-besar pun masih tengok lagi cerita kartun.' Apa boleh buat sebab dah minat. Lepas tu, banyak pula siri. Hahaha. Kalau siri ni memang ada hantu sikit. Apabila sudah layan beberapa siri, mesti nak layan sampai habis. Tidak seronoklah kalau layan cerita tidak tahu penghabisan cerita atau kesudahannya.
Kadang-kadang rasa macam tak boleh elak untuk layan anime. Suka jalan cerita dia. Watak dan senjata yang digunakan. Kuasa magik dia dan macam-macam. Hahaha. Ohhhh, lupa. Nama pun online maka pastikan ada data lah ya. Hehehe.
Labels: anime, kissanime, online streaming