Beli barang dapur kalau nak ...

Pesan ibu : 

"Afiq, ini senarai yang perlu beli. Kalau ada lagi, beli mana yang tiada ... Belajar untuk beri makan pada keluarga. Untuk ibu, abah, adik semua. Kalau ada rezeki lebih, belikan sekali untuk atuk sama."

Jadi, Fiqqq akan belilah barang-barang tersebut seperti roti, kicap, gula, biskut, minuman, ais krim dan lain-lain. Bergantung pada keperluan pada minggu tersebut. Kalau ada yang masih berbaki di rumah, beli sahaja mana yang sudah habis stok.





Biskut wajib ada di rumah setiap minggu. Jacob Weetameal dua paket dan Chipsmore enam paket dengan berlainan jenis biskut.



Ais krim ini wajib. Buat pencuci mulut. Hahaha. Selalu aiskrim yang menjadi pilihan ialah perasa yang berasaskan coklat. Sedap kot coklat. Ada kalanya, sengaja Fiqqq pecah-pecahkan biskut chipsmore dan campur dengan aiskrim. Haaaaa.



Wafer coklat Loacker ini paling favourite. Pantang nampak mesti beli. Kalau beli memang tidak boleh satu dan perlu beli lebih. Sekali hadap habis terus. Huhu.

Kalau ada rezeki lebih, Fiqqq akan beli lebih. Sekurang-kurangnya dapatlah membantu ibu dan abah untuk berbelanja barang dapur. Secara tidak langsung rasa ada disiplin dan tanggungjawab pada keluarga. Lebih-lebih lagi anak sulung. Ada kalanya, apabila buka wallet terfikir macam tidak cukup untuk beli semua itu tapi ada sahaja rezeki untuk dapat beli barang keperluan mingguan. 

Terima kasih pada ibu sebab didik betul-betul. Tak dapat balas jasa mereka secara keseluruhan sekurang-kurang sedikitpun jadilah. Fiqqq selalu yakin, ikhlas memberi tanpa mengharapkan balasan, Allah balas dengan rezeki yang tidak kita sangkakan. Kan ... kan ... Kan ...?