Resipi Muffin Durian : Senang dan Sedap!

Sedapnya durian. Bau dia je Fiqqq sudah tidak boleh tolak kalau dipelawa. Pantang. Hahaha. Lagi sedap kalau kita pelbagaikan. Jadi, Fiqqq kongsikan resipi Muffin Durian oleh Kak Azian. Baru Fiqqq tahu bahawa buat muffin ini bukan lah susah mana pun. Campak-campak, campur-campur bahan, tup tup siap. Barang-barang untuk buat pun senang nak cari. 


Untuk buat Muffin Durian ni perlu ada beberapa langkah sebab ada inti durian dan muffin. Fiqqq suka manis. Lebih-lebih lagi untuk hidangan seperti ini. Saja buat inti dia manis lebih daripada biasa. Ikut tekak masing-masing la ya.

Bahan - bahan Inti Durian :


1 mangkuk - Isi Durian
1 sudu besar - Tepung Jagung
3 sudu besar - Tepung Custard
2/3 sudu besar - Gula perang
150ml - Susu segar
Sedikit garam

Bahan - bahan Muffin :


125 gram - Mentega (cairkan)
180 gram - Tepung naik sendiri
1 1/2 sudu teh - Baking powder
1/2 sudu teh - Baking soda
100 gram - Gula
150 ml - Susu segar
2 biji - Telur


Cara membuatnya :


1. Cairkan mentega dan campurkan dengan gula dan kacau sebati.

2. Pukul telur dan masukkan ke dalam adunan.

3. Satukan tepung bersama baking powder dan baking soda.

4. Masukkan campuran yang di atas (basah) ke dalam adunan tepung.

5. Kacau sebati. Bahagian ini baru Fiqqq tahu supaya guna garfu untuk lebih cepat sebati dan tidak terlalu kembang. Ingat!!! Jangan overmix.

6. Masukkan separuh adunan ke dalam bekas muffin dan kemudian selangkan dengan memasukkan inti durian.

7. Masukkan adunan muffin lagi sikit untuk menutup bahagian atasnya.

8. Bakar pada suhu 180 c selamat 15 minit. Bahagian ini, perlu bijak untuk kawal suhu sebab lain ketuhar lain panasnya. Jadi, kena pandai agak juga. Fiqqq punya ketuhar perlu lebihkan sedikit panasnya. Tapi untuk selamat, ikut jer suhu resipi yang disediakan.

Senang kan??? Campak-campak, campur-campur, kacau-kacau, siap. Hahaha. Fiqqq suka andai inti durian tersebut manis. Jadi, Fiqqq lebihkan gula. Untuk adunan muffin jangan ada yang terlebih sangat dan terkurang sangat. Takut tak gebu atau tak naik muffin nya. Cuba tau!!! Hahaha. Fiqqq kongsikan video cara-cara untuk buat muffin durian.