Resipi Daging Goreng Berempah

Waktu raya aidiladha nanti mesti dapat banyak daging korban. Kan kan kan ? Fiqqq nak kongsi satu resipi hasil daripada Kak Azian iaiti Daging Goreng Berempah. Selain daripada buat sup daging, boleh cuba resipi ini. Dapat banyak daging kan? Jadi, pelbagaikan. Hahaha.

Senang nak masak resipi ini. Fiqqq yang baru-baru nak belajar masakpun boleh sediakan. Sedap juga lah. Hahaha. Fiqqq belanja gambar dulu. Jangan lihat pada rupa sahaja tau. Rasa daging yang Fiqqq belajar dengan Kak Azian ni sedap ya. Kalau cuba mesti tambah berkali-kali. 


Bahan-bahan :

500 gram - Daging batang pinang
3 tangkai - Daun kari
3 tangkai - Kacang panjang (dipotong 2 cm panjang)
2 sudu makan - Cili kering kisar
2 inci - Halia (hiris halus)
1 labu - Bawang Holland (potong 8)
2 sudu makan - Serbuk kari daging
5 biji - Cili Padi
1/2 cawan - Minyak
5 sudu makan - Kicap manis
Garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

1. Gaulkan daging dengan serbuk kari. Kalau boleh perap semalaman untuk rasa yang lebih sedap.

2. Panaskan minyak dan masukkan kacang panjang. Masak selama 2 minit. Senang cerita sampai warna dia sudah cantik. Angkat dan ketepikan.

3. Masukkan daun kari dan masak sehingga berkilat. Nanti kalau masak mesti nampak perbezaannya kilat yang Fiqqq maksudkan. Angkat dan ketepikan.

4. Tinggalkan dalam 5 sudu makan lebihan minyak masak tadi dan masukkan daging. Masak sehingga air yang terhasil daripada daging itu kering. 

5. Masukkan bawang holland, halia, cili merah dan cili padi. Gaul sebati. Fiqqq kuat pedas. Jadi, lebihkan cili padi untuk rasa pedas. Hehehe

6. Masukkan kicap manis dan masak sehingga minyaknya keluar daripada daging.

7. Letaklah garam dan gula ikut citarasa masing-masing. Fiqqq kuat masin sikit. Hehehe. Jadi, lebihkan garam. 

8. Kacau sebati. Tutup api dan boleh hidang.


Haaaaa ... Senangkan? In Shaa Allah barang cukup, cara masakpun ikut turutan yang Fiqqq sediakan mesti boleh buat. Fiqqq dan Kak Azian masak senang-senang jer. Hehehe. Fiqqq sediakan video memasak sekali kalau nak tengok cara penyediaan resipi ini. Tengoklah dengan hati yang redha. Hahaha.