Sotong Besar : Tak cukup sepinggan !!!

Fiqqq dikhabarkan Sotong Besar ni sedap. Sampai perlu beratur panjang kalau nak makan. Apabila orang mula sanggup beratur, tunggu lama atau datang dari jauh maka mesti ada makanan yang menarik. Mana ada orang suka-suka buang masa nak makan makanan yang tidak sedap. Kan ... kan ... kan !?? 

Jadi, gigihlah pergi makan tengah hari di Nasi Kukus Sotong Besar yang terletak di KU3 Kristal Klang Commercial Centre. Nasib baiklah waktu datang orang belum nak berapa penuh. Terus dapat tempat duduk. Hahaha. Perutpun sedang lapar dan terus buat pesanan makanan.

Sotong Besar

Sotong ni memang besar dan memang sedap. Cukup rempah dan cukup masinnya. Ditambah pula kalau makan dengan sos yang disediakan. Bahagia dapat makan yang sedap tu lain macam. Hahaha. Boleh dikatakan, kalau makan mesti tidak cukup sepinggan. Mesti nak tambah. 

Nasi Kukus

Nasi kukus ni cukup lembut kalau dimakan. Ada pula sambal belacan dan timun. Memang sedap. Lagi-lagi Fiqqq ni pula tekak orang Jawa. Pedas sambal belacan tu perlu ada. Ringkas saja nasi kukus ni. 


Kira satu set sepinggan lengkap kita akan dapat Nasi Kukus Sotong Besar dapat Nasi Kukus, Sotong Besar dan kuah. Jimat, sedap dan memang berbaloi. Harga RM 12.00. Tidak termasuk air ya!!!

Teh Ais Special

Cuaca panas-panas gini memang sedap minum air sejuk. Ternampak pula teh ais. Special pula tu. Terus buat pesanan satu. Rasa teh ais ni memang kawww. Sedap dan lemak susu dia memang buat nak tambah lagi satu. Terbaik!!! Harga RM 3.50.


Nak dijadikan cerita, terserempak dengan kawan masa belajar. Krew untuk JJCM (Jalan-Jalan Cari Makan). JJCM pun datang buat liputan di kedai ni tau. Jangan main-main. Haaa. Nampak tak betapa terbaiknya makanan di sini. Hahaha. Apa pun, apabila dah jumpa kawan lama macam biasalah, banyak lah cerita disembangkan walaupun sekejap sekurang-kurangnya dapat lah tanya khabar kawan. Hahaha.



Alang-alang dah ada, bergambar sekali dengan Naz, pengacara JJCM. Bukan selalu kan? Hahaha. Kalau nak datang kedai ni, pastikan datang awal. Takut kena beratur panjang terutama pada belah malam. Penat kita beratur, habis pula makanan. Dah kempunan tak dapat makan. Hahaha. Lepas ni, Fiqqq nak cuba makan steak pula sebab nampak sangat menyelerakan.