Bazar Ramadan : Pesta Juadah

Setelah beberapa hari berpuasa, baru ni lah Fiqqq rasa nak pergi ke bazar ramadan untuk mencari juadah berbuka. Sebelum ini, memang makan apa yang ada di rumah. Masak sendiri. Berjimat katanya. Hahaha. Bukan apa. Kalau dah sampai di bazar, mesti rambang mata. Maklumlah, macam-macam ada. Kan ... kan ... kan ???

Jenuh juga pusing satu bazar. Nafsu makan membuak. Tapi dah besarkan!!! Apa ada hal. Survey satu-satu gerai yang ada. Apabila dah sampai hujung, abah suruh senaraikan apa yang nak beli. Memang selalu gitu. Sekurang-kurangnya dapat elak pembaziran. Beli mana yang teringin sangat nak makan. 

Juadah 1 - Ayam Panggang RM 14 (seekor)


Dari jauh kita dah boleh perasan gerai ayam panggang ni sebab dia punya asap berkepul naik ke atas. Hahaha. Apabila dah dekat kena bawa bersabar sikit sebab bau dia memang menyelerakan. Kena beratur juga lah waktu nak beli. Nasib baik sampai awal. Bagi Fiqqq, ayam panggang ni sedap. Lagi-lagi kalau makan dengan sos lada hitam dia. Memang akan rasa tak cukup seekor kalau makan. Kalau nak diikutkan, rasa ayam ni sama je setiap tahun. Huhuhu.

Juadah 2 - Kuih Tepung Pelita RM 2 (5 ketul)


Kuih tepung pelita ni sedap. Bahagian putih tu sedap. Bahagian yang hijau tu lagi sedap. Cukup manis. Cukup lemak. Selalunya, Fiqqq akan makan bahagian putihnya dulu. Kemudian, baru makan bahagian yang hijau. Orang cakap, kalau nak sedap makan serentak. Tapi, entah kenapa Fiqqq suka makan cara begitu. Makan satu satu. Sama macam makan kuih lapis. Gigih makan ikut layer. Makan putih, lepas tu makan merah pula. Hahahaha. 

Juadah 3 - Putu Bambu Pandan RM 3 (5 ketul)


Suka tengok cara pembikinan putu bambu ni. Bau dia pun sedap. Lagi-lagi yang ini ada bau pandan. Wangi. Rasa putu bambu ni boleh lah. Kalau manis sikit akan lagi sedap. Mungkin lebihkan sedikit gula merah dalam putu bambu. Fiqqq kuat manis kot. Hahaha. 

Dah habis ... Beli sikit je. Sikit-sikit pun dah RM 19 untuk tiga juadah. Terlebih berbelanja dah ni. Kebiasaannya, Fiqqq akan buat seperti di bawah. Gigih siap list.

1 - Buat senarai makanan. Agihkan ikut hari supaya tidak terlebih beli. Puasa kan sebulan. Tak semestinya nak rasa semua dalam satu hari. Hari lain kan ada.

2 - Hadkan jumlah perbelanjaan dalam sehari. Contoh, harga keseluruhan membeli-belah di bazar tidak boleh lebih RM 20 sehari. Tak boleh lebih. Tak boleh terbeli. Tak ada alasan. Haaaaaa.

3 - Bandingkan harga, kuantiti dan cara masak setiap gerai. Ada gerai di bazar berniaga memang nak bagi orang makan. Banyak dia bagi. Harga pun murah. Rasa pun sedap sebab ikhlas nak bagi orang makan. Ada yang suka bagi ala-ala bersederhana gitu.

Rasanya ini saja yang Fiqqq selalu buat. Selera ikut tekak masing-masing la ya. Kita sebagai pembeli kena bijak. Bijak membuat perbezaan dan perbandingan. Apa pun, semoga kita sentiasa bersederhana ketika membeli juadah berbuka puasa. Jangan sampai membazir dan makanan itu menjadi habuan untuk tong sampah. Sesungguhnya, membazir itu amalan ... sendiri ingat ... Huhuhu.