Living Well : Pilih!

Ada satu hari tu, Fiqqq sertai satu perkongsian oleh LivingWell yang terletak di Jalan Telawi 3, Bangsar. Fiqqq dapat banyak sangat maklumat yang dikongsikan oleh mereka berkenaan cara hidup sihat yang sepatutnya kita amalkan. Maklumlah, kalau diikutkan, kita jarang bersenam. Kemudian, makan pula bermacam-macam. Tidak pernah fikir kolestrol, diet dan sebagainya.

Beberapa persoalan yang buat Fiqqq terfikir sejenak. Selalunya, kalau kita sakit, secara tidak langsung kita dah set dalam kepala untuk terus ke klinik dan dapatkan ubat untuk sembuh. Betul? Tapi, pernah tak kita terfikir kenapa kita boleh sakit?

Lebih baik kita mencegah daripada merawat. Sebab kalau kita merawat bermakna kita sudah berpenyakit. Kan ... kan ... kan ...? Jadi, kita perlu tahu pengambilan nutrisi atau makanan yang baik untuk tubuh badan kita. Mungkin, boleh dapatkan khidmat nasihat di LivingWell Centre Of Advanced Medicine ni.


Antara perkara yang perlu kita titik beratkan iailah:

1 - Pengudaraan (oxygenation)
2 - Air (water)
3 - Nutrisi (nutrition)
4 - Stress positif (positive stress)
5 - Healing fields

Menurut Stirling Yin , udara yang bersih dan segar berfungsi untuk metabolisme makanan, proses eliminasi toksi dan dapat menghasilkan tenaga tubuh badan. Seperti yang Fiqqq tahu, dalam badan kita mempunyai 80% air dan badan kita memerlukan supaya dapat menghindarkan diri daripada sebarang jenis toksin dan dapat elakkan daripada dehydration

Pengambilan nutrisi sangat penting untuk menjaga kesihatan badan supaya dapat mengelakkan daripada risiko kolestrol tinggi, darah tinggi, barah dan sebagainya. Jadi, jaga pengambilan makanan ya. Tidak salah untuk makan bermacam-macam jenis tapi selangkan dengan makanan yang sihat. Ataupun kurangkan. Lebih baik elakkan. Hehehe.

PEMF - Pulse Electromagnetic Fields


Sempat juga Fiqqq cuba alatan canggih manggih ini untuk rasa sendiri kebaikan yang boleh kita peroleh selepas menggunakannya. Rawatan ini menggunakan gelombang atau frequency untuk menyembuh atau recharge sel yang ada dalam tubuh badan kita.

Cuma perlu baring dan pakai pendakap mata selama 10 minit. Sebaiknya 2 kali sehari. Rawatan ini juga mampu untuk membantu melancarkan peredaran darah, meningkatkan penyerapan nutrisi dalam tubuh badan dan banyak lagi.

Selepas buat rawatan ini, malam tu Fiqqq dapat tidur dengan sangat lena. Tapi rasanya hari-hari tidur lena. Cuma kali ini, lena yang berpanjangan. Hehehe. Senang cerita, tidur yang berkualiti. Nampak seronok kan? Cuba telefon 010-3257227 untuk sebarang pertanyaan atau khidmat nasihat berkenaan cara hidup sihat dengan mereka.

Lebih baik kita ambil tahu sekarang sebelum kita terlambat. Kalau badan sudah mula sakit, kita hanya mampu tawakal dan mencari jalan untuk sembuh. Betul sakit itu bila-bila boleh datang tapi lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga.

Analogi mudah. Dihidangkan dua botol air mineral. Satu masih elok keadaannya dan masih bertutup rapat. Satu lagi sudah ada tanda pernah dibuka. Jadi, pilih!