Fuhhhhh !!! Beratur panjang ... Setiap tahun macam ni lah yang berlaku di Masjid Dato Dagang, Kampong Jawa selepas solat Asar dalam bulan ramadan. Orang ramai dah mula berpusu-pusu beratur menunggu giliran untuk ambil bubur lambuk. Nasib baik Fiqqq sampai agak awal. Itu pun terpaksa parking jauh. Maklumlah, rasa sedap dan nikmatnya makan bubur lambuk ini waktu berbuka puasa dalam bulan ramadan je. Kan ... kan ... kan ???
Teringin juga ingin membantu untuk buat segala persiapan. Alang-alang tolong buat bubur lambuk, boleh Fiqqq dapatkan resipi turun temurun ni. Namun, belum diberi kesempatan kerana urusan harian yang perlu dilaksanakan. In Shaa Allah suatu hari nanti. Hihihi.
Setiap orang akan dapat dua bungkus. Selalu Fiqqq akan pergi dengan Arsyad, adik Fiqqq supaya dapat lebih sikit. Bukan tamak ya ambil banyak-banyak. Ambilkan untuk nenek dan saudara-mara yang tidak berkesempatan untuk datang ambil. Haaaaa.
Fiqqq sangat suka rasa bubur lambuk di sini. Bukan sebab selalu makan tapi rasa bubur lambuk dia sangat sedap. Cukup rasa dan sangat menyelerakan. Mesti nak tambah setiap kali makan. Lagi-lagi makan waktu berbuka puasa. Kadang-kadang simpan sedikit untuk dijadikan moreh. Makan lepas tarawih.
Kalau nak diikutkan, rasa bubur lambuk ini tidak pernah berubah. Sama je daripada dulu sampai sekarang. Memang guna resipi turun temurun orang kata. Tidak lebih dan tidak kurang rasanya. Kalau berkesempatan, datang lah. Ada rezeki, in Shaa Allah dapat sebungkus. Sebab kalau lambat memang akan habis.
Apa pun, terima kasih Fiqqq ucapkan kepada semua yang sudi menyumbang wang ringgit mahupun bahan-bahan masakan. Tidak lupa juga kepada ahli masjid yang bertungkus-lumus setiap hari untuk bagi semua orang makan bubur lambuk yang sedap itu.