Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia : Berhujung minggu bersama mereka ...

Hari ini Fiqqq luangkan sedikit masa hujung minggu bersama mereka di Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia yang terletak di Semenyih. Fiqqq bersama beberapa orang daripada Kelab Blogger Ben Ashaari, Kelab Komuniti Prihatin Putrajaya dan beberapa lagi persatuan sempat menghulurkan sedikit bantuan kepada mereka yang lebih memerlukan. 


Fiqqq sempat berbual bersama mereka di sana dan banyak bercerita mengenai latar belakang, pekerjaan dan juga pengalaman mereka. Agak terkejut juga ya kerana ada diantara mereka merupakan orang yang berjaya. Ada yang pernah bergelar pensyarah dan sebagainya. Tapi, kenapa mereka berada di sini?



Ada diantara mereka yang tidak mempunyai anak dan keluarga atau mereka tidak dituntut oleh waris selepas mendapat rawatan di hospital. Jadi, akan ada sukarelawan yang akan ambil mereka dan tempatkan mereka di sini agar mereka dijaga dengan baik.

Tidak semua yang terusan tinggal di sini sebab Fiqqq ada diberitahu salah seorang warga emas di sini bahawa ada kawan-kawan mereka dibawa pulang oleh anak-anak untuk menyambut ramadan bersama. :D

Okey ... Antara aktiviti yang kami buat di sana ialah bergotong-royong masak juadah makan tangah hari. Macam masak untuk lauk kenduri. Meriah. Hahaha. Seronok masak ramai-ramai. Fiqqq kurang masa di dapur sebab berborak dengan atok-atok di depan. Cuma menjengah dan dapat bantu sikit-sikit je. Hehehe. 






Banyak juga juadah tengah hari tadi. Ayam masak merah, daging salai lemak cili api (tapi tak pedas la), sayur campur, tempe goreng, dan salad bertelor rebus. Alhamdulillah seronok tengok orang semua seronok makan. Kami makan pon ramai-ramai dalam dulang. Ya Allah, rasa rindu dengan arwah nenek sebab dia akan kumpul cucu-cucu dia makan ramai-ramai hujung minggu. :D


Ohhhh. Kami juga dapat satu persembahan nyanyian daripada salah seorang atok di sini. Huhu. Suara emas orang lama. Terus teringat atok kat rumah. Tetiba sebak. Hahaha. Tak tahan. Lari sekejap sebab tak baik jatuhkan air mata depan mereka. Sensitif sikit bab-bab macam ni. Hahaha. 


Selepas makan, kami sempat zohor berjemaah. Malu jadi imam tadi. Huhuhu. Apa pun, sempat doa dalam hati. 

"Ya Allah, jadikanlah aku anak yang soleh. Taat pada perintah-Mu, taat pada kedua orang tua ku, sayangi adik beradikku, dan tidak lupa orang yang membesarkan aku. Beri aku kekuatan dan kemudahan untuk menjaga ibu dan abahku, atokku. Jadikan aku orang yang sabar dan beriman. Dan permudahkanlah segala urusan mereka di Pusat Jagaan Mahmudah. Beri mereka ketakwaan dan keimanan serta kesihatan. Tambahkan rezeki mereka yang sudi menghulurkan bantuan."

Ibu, abah, atok. Fiqqq minta maaf andai tidak dapat beri yang terbaik. Tapi in Shaa Allah, dengan kudrat dan rezeki yang ada, Fiqqq cuba sedaya upaya. Rindu juga arwah nenek. Sedekahkan Al-Fatihah. Semoga tenang di sana. :')

Apa pun, boleh hubungi maklumat lanjut untuk sebarang pertanyaan berkenaan lawatan atau sumbangan yang ingin disampakan.

Facebook : Pusat Jagaan Mahmudah Malaysia
Alamat : Lot 459/5, Kampung Sungai Purun Batu 1 1/2, Jalan Bangi, 43500 Semenyih Selangor.
Telefon : 019-9777419 / 019-2123757 / 017-3786804