Garage 51 Bandar Sunway : Wajib Cuba !!!

'Kaki kafe' pasti tidak terlepas pandang untuk lepak dan makan-makan di Garage 51 yang terletak di Bandar Sunway. Kafe ini membawa nama dengan keunikan daripada aspek konsep dan susun atur. Apabila di sana, boleh pilih tempat mengikut keselesaan masing-masing. Ada tiga bahagian iaitu atas, dalam dan luar bagi mereka yang ingin 'open air'. 




Style kan? Hahaha. Macam mana pun, rasa makanan yang disajikan menjadi penentuan sama ada kita nak datang lagi atau tidak. Kan ... kan ... kan ??? Jadi, Fiqqq dan geng Kelab Blogger Ben Ashaari dijemput untuk merasa tiga menu baharu khas untuk pelanggan bersempena Ramadan 2016. Jom ... jom ... jom !!!


Nasi Goreng Serunding dengan Kebab Percik. Kombinasi serunding dan nasi goreng ini memberi satu rasa yang sangat sedap dan boleh nikmati dalam setiap suapan. Ditambah pula dengan kebab percik, dua elemen yang disatukan memberi kesempurnaan pada hidangan ini. Harga RM 20.00.


Spaghetti Serunding dengan Kebab Percik. Rasa 'Mat Saleh' yang di 'Melayu' kan kerana campuran serunding dalam spaghetti sangat sedap dan akan buat kita khusyuk untuk habiskan makanan dalam pinggan. Selangkan dengan makan kebab percik yang sedap itu dalam setiap suapan spaghetti. Cukup rasa. Memang terbaik!!! Harga RM 20.00.


Bandung Cendol dengan Karipap. Hehehe. Itulah reaksi Fiqqq bila minuman ini lalu depan mata. Kenapa gelak? Sebab ada karipap atas minuman. Terkejut Fiqqq. Okey. Selalu kita minum cendol berairkan santankan? Di sini guna air bandung untuk beri satu kelainan. Sedap. Dan karipap itu kena makan awal-awal. Sebab Fiqqq tidak sampai hati untuk campur dengan minuman. Hahaha. Kalau nak tahu rasanya, order tau nanti. Huhu. Harga RM 18.90.

Selain menu bersempena Ramadan, Fiqqq juga dapat makan menu yang lain. Banyak juga sebenarnya makanan yang boleh kita makan di sini. Boleh pilih ikut selera tekak dan perut masing-masing la ye. Hehehe.


Grill Salmon Spaghetti dengan Lemon Cream. Paling Fiqqq suka. Dengan rasa creamy cheese dia. Ditambah pula dengan ikan salmon yang di gril. Memang sedap. Bagi penggemar spaghetti dan cheese. Kena cuba menu ini. Harga RM 24.00.


Chicken Parmagiana dengan Mashed Potato dan Salad. Ayam yang digoreng rangup menjadikan menu ini betul-betul menguji diet Fiqqq. Boleh dengar bunyi 'kriukk, kriukk' setiap kali kita potong dan kunyah dalam mulut. Daging ayam yang dimasak dengan baik. Ditambah dengan kentang putar yang sangat lazat menjadikan Umphhhhh! Haaaaa. Hilang kata-kata. Hahaha. Harga RM 18.00.


Penne Basil-Spinach Pesto denagn Grilled Chicken. Pesto ini ada sedikit kelainan. Kepada yang suka rasa herba-herba. Boleh cuba sebab rasa daun kemangi (basil leaf) sangat kuat. Walau bagaimanapun, rasa pesto ini jadi sedap apabila makan bersama ayam yang digrilkan. Harga RM 16.00.


Chicken Mango Salad dengan Wholegrain Mustard Dressing. Lepas makan yang berat-berat. Kita sudahkan dengan sepinggan salad. Kombinasi salad yang sedap sehinggakan kita masih dapat rasa setiap bahan yang ada. Apabila digabungkan. Boommm!!! Terbaik. Hehehe. Harga RM 12.00.


Inilah dia barisan Keluarga yang Kacau Bilau. The Messed Up Family. Hahaha. Minuman yang wajib cuba. Kelainan yang Garage 51 sediakan untuk semua yang datang. Rasa minuman ini memang terbaik. Pilih ikut citarasa masing-masing. Ada The Father (Chocolate with peanut butter), The Son (Nutella with hints of hazelnut awesomeness), The Cousin (Salted caramel with brownies) dan The Nephew (Cookies and cream - Baharu) dengan harga RM 18.90 setiap satu. Yang pasti, tidak mengecewakan. :D


Pastikan kalau datang sini, beli minuman seorang satu tau. Nanti berebut macam ni. Hahaha. #lakonansematamata. Kah. Untuk makluman, Garage 51 menyediakan makanan yang berbeza mengikut waktu. Ada untuk sarapan pagi, tengah hari dan selepas jam 6 (makan malam). Jadi, boleh datang satu hari tiga kali pun okey dah!!! Hehehe. 


Garage 51 adalah tempat lepak yang menarik. Set hidangan sepinggan lengkap dan minuman yang terbaik. Rasa seronok sampai rasa tak nak balik. Fiqqq bagi 4 bintang. Huhuhu :D  Dan ... dan ... dan ... Sebelum terlupa, boleh rujuk :

Instagram : Garage 51
Facebook : Garage 51
Alamat : 51, Jalan PJS 11/9, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor.
Telefon : 03 - 56125618
Waktu Operasi : Isnin - Ahad (11.00 pagi - 11.00 malam)

Bye bye bye!!!