Buffet Ramadan Caprilicious @Capri : RM 90 untuk 70 Menu

Beberapa hari lepas, Fiqqq bersama rakan Kelab Blogger Ben Ashaari iaitu Razzwey dan Bam Hoq menikmati 70 hidangan istimewa bertemakan Warisan Desa yang disajikan oleh Caprilicious @Capri, Fraser Kuala Lumpur. Menu yang dihidangkan ini anda boleh nikmati waktu Ramadan nanti. Jadi, tidaklah tertanya-tanya nak makan apa dan tercari-cari lokasi untuk berbuka. Sebab soal nak makan apa tu susah sikit nak jawab. Kan ... kan ... kan ??? Hahaha. Berlaku setiap masa dan ketika. Ecehhh.

Okey lah. Setiba Fiqqq di hadapan pintu masuk Capri, perut mula bergendang. Mana tidaknya, lokasi dia bakar kambing, ayam, satay, ikan semua lah di situ. Belum sempat masuk, selera dah macam apa. Maaf. Fiqqq ada masalah jika nampak makanan. Boleh jadi lapar serta merta apabila dipelawa untuk makan. Fiqqq belanja gambar ya!!!










Sedapkan tengok kambing yang dipanggang itu? Nanti. Ada lagi. Ini di bahagian dalam pula. Jom tengok!!!



















Ada lagi ni !!! Haaaa :D













Alhamdulillah. Semua masakan di sini sedap-sedap belaka. Terutama Kambing Panggang. Cukup dengan rasa dia. Makan pula dengan sos yang menaikkan rasa. Memang perghhh!!! Beberapa masakan seperti Pajeri Kedondong dan Asam Pedas Ekor Lembu Fiqqq rasa untuk pertama kali. Tidak mengecewakan sebab cubaan pertama dah buat Fiqqq makan banyak untuk menu tersebut. Tempat pun selesa. Untuk air tebu, memang Fiqqq minum banyak sebab sangat sedap tau. Bulan puasa nanti mesti minum lagi banyak. Hahaha. :D

Eh, nanti. Belum habis kongsi gambar makanan. :D Jom jom!!!










Berbaloikan? Dengan hanya RM90 kita dapat makan dalam 70 hidangan untuk berbuka nanti dalam bulan Ramadan. Ada diskaun sebanyak 25% kepada sesiapa yang beli awal. Maksudnya, buat tempahan awal untuk bulan ramadan nanti. Jangan risau kepada yang ada anak kecil kerana boleh makan secara percuma (4 tahun dan ke bawah). Untuk kanak-kanak 5 tahun - 12 tahun boleh nikmati diskaun sebanyak 50%. Semua harga-harga tu nett price termasuk 6% GST.

Tarikh: 8 Jun - 3 Julai 2016
Masa: 6.30 petang - 10.00 malam
Lokasi: Caprilicious @Capri, Fraser Kuala Lumpur
Telefon: +603 2386 0891

Andai kata penat dan ingin rehat di hujung minggu. Boleh lah check-in bilik di sini dan nikmati pemandangan yang cantik di atas. Teruja ya bila dah sampai atas. Tapi, tangan tetap berpeluh sebab gayat. Hahaha.






Dan ... dan ... dan ... Jangan lupa untuk buat tempahan awal ya. Boleh dapatkan baucar RM72 untuk set buffet ramadan ni. Menarikkan??? Telefon nombor yang Fiqqq kongsikan tadi. Boleh tanya pihak Capri dengan lebih terperinci. Makan sedap-sedap, lepas tu check-in dan boleh rehat-rehat. Hotel pun hebat.