Di Shah Alam ni, memang banyak kedai makan. Jenuh
Fiqqq pusing jalan-jalan cari makan. Saja pusing di Seksyen 9, Shah Alam berdekatan kedai Cili merah. Fiqqq terperasan satu kedai kecil ni macam penuh dengan orang. Macam kedai baru pun ada juga sebab tak perasan sebelum ini.
Briyani JDT. Hurmmm!!! Berani betul JDT ni luaskan kuasa di Shah Alam. Hahaha.
Minggu lepas tak dapat ikut
family pergi makan nasi minyak di Johor. Rezeki nak
pekena Briyani JDT di sini kot. Hahaha. Tapi itu tolak tepi sekejap sebab
Fiqqq nak cakap berkenaan makanan di sini. Macam biasalah. Kalau dah ramai tu, kena tunggu giliran. Sempat juga
Fiqqq 'usha' lauk yang ada. Jadi, untuk makan tengah hari,
Fiqqq pilih Nasi Briyani JDT lauk Kambing.
Masa orang kedai sendukkan nasi, terlintas dalam hati. "Orang ni memang sengaja nak bagi aku gemok ke macam mana?" Mana tidaknya. Nasi dia letak banyak kot. Minta kurangkan sikit. Lauk dia pun sama. Habis penuh satu pinggan. Ini baru
Fiqqq rasa peniaga kedai yang berniaga nak bagi orang makan kenyang-kenyang.
Fiqqq cerita pasal rasa pula. Nasi briyani sedap. Tak lembik atau keras. Sedang elok sedap dimakan. Lauk kambing dia memang terbaikkk!!! Cukup rasa. Cukup rempah. Cukup lembut sebab daging kambing direbus terlebih dahulu.
Fiqqq tengok tekstur daging kambing pun dah boleh agak. Hehe. Rasa sayang nak habiskan cepat-cepat. Sebenarnya mengah sebab banyak. Tak baik membazir. Jadi
Fiqqq gigihkan diri untuk habiskan. Air minuman pula PERCUMA! Segeralah
Fiqqq tambah sekali dan berkali-kali juga lah. Hahaha.
Harga
Briyani JDT lauk kambing adalah
RM 10. Murah weyyy!!! Mana nak dapat makan nasi briyani lauk kambing dengan harga ni. Banyak pula tu. Serba serbi banyak.
Menu Briyani JDT
Briyani Ayam : RM 8
Briyani Kambing : RM 10
Sambal Tulang Kambing (Ala-ala Lamb Shank) : RM 7 (tidak termasuk nasi)
Air : PERCUMA (boleh tambah kalau makan di situ)
Waktu berniaga : 11.00 pagi - 4.00 petang (Isnin - Jumaat)
Bungkus satu bawa balik Briyani Ayam. Kalau sedap kena beritahu pada yang lain. Kalau tak sedap beritahu pada tuan kedai. Ni tuan kedai yang cakap tau.
Fiqqq sampaikan je sebab sedap. Hehehe. Mana yang pejabat dia dekat, boleh lah telefon untuk hantarkan. Atau takut habis, telefon nombor ini
IRFAN - 019-2357588 untuk bungkuskan siap-siap. Maklumlah, orang ramai datang. Takut kita lambat, datang sana gigit jari sebab habis. Huhuhu.
Dan ... dan ... dan ... Ada khidmat katering. Mana tahu nak buat makan-makan untuk
meeting, kenduri dan sebagainya, boleh lah tanya/tempah
MOHD - 019-3791510 / YATI - 013-2632642.