Tiz Zaqyah yang cuba menipu berkenaan status dirinya yang kononnya sudah berkahwin akhirnya terbongkar dengan orang yang mungkin ada perasaan cinta terhadap dirinya. Maka, Tiz melarikan diri balik ke Kuala Lumpur agar tidak lagi berhubung dengan lelaki tersebut.
Gandingan lakonan mantap Tiz Zaqyah sebagai Rania dengan Amar Baharin sebagai En. Irham Zahri dalam drama bersiri yang bertajuk Akadku Yang Terakhir berjaya buat Fiqqq tersangkut depan TV setiap hari Isnin hingga Jumaat. Bermula pukul 6.00 petang hingga 7.00 petang. Drama ni diadaptasi daripada novel Akadku Yang Terakhir terbitan Kaki Novel. Memang terbaik. Hahaha.
Mula-mula, Fiqqq tak nak ambil tahu dan malas nak ikut perkembangan. Tapi, hari-hari ibu Fiqqq layan daripada episod 1 sampailah sekarang (episod 14) dan dia asyik cerita pasal si Rania dan En. Irham. Akhirnya, terlayan tanpa sengaja. Bila dah mula layan, nak juga Fiqqq tahu kesudahan. Haaa sudahhhh ... Maka, dua beranak ini layan cerita ni sama-sama. Hahaha.
Tunggulah nanti kesudahannya macam mana. :D