Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 : Milik Mereka ?! ...

'Fiqqq, apa benda APO, APO ni? Hari-hari aku tengok ko share kat Facebook?'

Haaaa, ada juga yang perasan dan bertanya. APO ini merupakan Anugerah Pilihan Online (APO) 2016 yang dianjurkan bersama mStar Online dan Suria FM. Anugerah ni beri peluang kepada orang ramai untuk memilih pemenang dan mengiktiraf personaliti-personaliti dalam pelbagai bidang. Contohnya, bidang hiburan, fesyen, sukan dan ada juga untuk bidang perniagaan. Selain itu, APO juga ingin mengetengahkan orang yang bergiat aktif dalam profesion masing-masing.

Hari-hari undi. Boleh dikatakan jadi satu rutin harian. Kalau berkumpul dengan saudara-mara, gigih pinjam telefon masing-masing untuk undi. Fiqqq undi siapa? Eh, undian adalah rahsia. Hahaha. Haaaa ... Ini dia ...




Fiqqq undi Ben Ashaari (KBBA), Faiz Dickie (Senior) dan Nini Haznita (kawan kepada kawan) dan lain-lain.

Fiqqq doakan agar kemenangan berpihak pada mereka mengikut kategori masing-masing. 'Kau dapat apa Fiqqq undi mereka ni hari-hari?' Sudah tentu dapat kegembiraan melihat orang yang kita undi menang. Seronok dapat lihat kawan-kawan berjaya mencipta nama. Sebab Fiqqq tahu bahawa bukan mudah untuk berada di atas. Perlu banyak pengorbanan.

Kita tidak tahu rezeki kita pula macam mana dimasa akan datang. Betul tak? Sekecil-kecil pemberian kita hari ini, mungkin besar maknanya bagi sesetengah pihak.