'SPEED' kau tak bertempat ... Memang ... !

Antara situasi buat Fiqqq menyirap darah masa memandu. Pernah terkena situasi yang sama juga? Jom kita baca satu per satu ...


Situasi 1 - Kawasan Kampung / Perumahan

Minta bawa kereta / motor perlahan sikit boleh? Nama pun kawasan kampung / perumahan. Di situ lah Tok Imam, atok nenek, pak cik makcik semua berjalan kaki, berbasikal atau naik motor menuju ke masjid, kedai Pe'ah tukang jahit, kedai runcit Apek, tempat budak-budak main dan sebagainya.

JANGANLAH!!! Kau pergi henjut minyak, bawa laju macam di Litar Sepang. Cubalah beragak kalau nak 'Speed' kereta / motor di kawasan seperti ini. 

Kebiasaannya, kaum seperti ini pantang ditegur. Ada saja jawapan yang akan diberi. 'Tak de apa-apa pon. Okey je saya bawa. Selamat jer!!!' Maklumlah, bukan terkena ahli keluarga atau tempat sendiri.

Sebelum berlaku, lebih baik kita mengambil langkah berjaga-jaga. Janganlah sampai ada yang patah sini dan sana atau lebih teruk sehingga menyebabkan kehilangan nyawa.

Situasi 2 - Simpang

Setiba di kawasan persimpangan, kita dalam keadaan bersedia untuk keluar dek kerana kelihatan ada kereta yang masih jauh serta dalam kelajuan selamat. Elok sahaja kita keluar sedikit daripada simpang, jenis yang hasad dengki tahap dewa ini akan tekan minyak sehabis boleh supaya dia tidak perlu berhenti untuk beri laluan. Berdesupp!!!! depan kita. Pernah? Hahahaha. 

Nasib baik tidak terus keluar daripada simpang. Kalau keluar juga, entah nasib kita macam mana.


Situasi 3 - Lebuh raya




Tempat paling banyak kesabaran kita diuji. Daripada penyabar jadi hilang sabar. Daripada berzikir sampai termaki. Terlepas juga kadang-kadang. Sebab apa?

Lebuh raya ada yang 2 lorong, ada yang 3 lorong, 4 lorong dan mungkin lebih. Agak-agak bawa perlahan, silalah ke lorong yang paling KIRI. Ini tidak, bawa 60 km/h tapi seronok makan angin di lorong paling kanan. MEMANG ANGIN!!!

Apabila kita beri isyarat lampu, baru gigih nak ke tepi. Bagus kalau ada yang ke tepi. Tapi ada juga yang jenis buat tidak tahu dan memang minta maki. Adoiyaiii!!!


Dah ... dah ...

Fiqqq yakin semua pengguna jalan raya pernah merasai situasi yang sama. Mungkin ada yang lebih terukkan?

Senang ceritakan. Bawalah kereta dengan kelajuan yang sesuai di tempatnya. TOLONGLAH! beringat sikit sebelum berlaku sesuatu yang tidak diingini. 

Semua orang nak cepat. Semua orang ada urusan peribadi. Semua orang ada kerja yang ingin diselesaikan. Jadi, bertimbang rasa lah sikit. Kadang-kadang perkara macam inilah yang menjadi punca kemalangan, kereta berlanggar, kesesakan lalu lintas yang teruk dek kerana tidak mengikut aturan dan had laju yang telah diberikan.

Hanya pendapat peribadi. Jika ada cerita yang menarik. Jom komen. Dan ... dan ... dan ... beringat-ingatlah kita semua ya! Hati-hati di jalan raya. :D