'Ditampar' SYAMSUL gara-gara MUNAFIK ...

Siapa yang ditampar Syamsul Yusof? Jom baca sampai habis ...



Filem terbaru Syamsul Yusof iaitu MUNAFIK baru-baru ini memberikan satu tamparan hebat buat Fiqqq dalam skrip dan watak yang dibawakan oleh setiap barisan pelakon seperti Nabila Huda, Fizz Fairuz, Pekin Ibrahim dan ramai lagi.

Filem MUNAFIK bukan sekadar memaparkan adegan seram semata-mata tetapi penuh dengan isu keagamaan yang buat Fiqqq berfikir sejenak.

1 - Adakah kita benar-benar redha dengan setiap pemberian yang Allah beri (kebaikan/ujian)?
2 - Bagaimana iman kita ketika ditimpa musibah?
3 - Sejauh mana keyakinan kita pada Allah seandainya percaya dengan benda-benda lain selain Allah yang boleh menjaga keluarga/keturunan (tangkal)?
4 - Kenapa kadang-kadang kita masih ragu-ragu berkenaan Allah sedangkan jawapan ada di dalam Al-Quran?
5 - Adakah solat, sedekah, kebaikan yang kita lakukan itu ikhlas kerana Allah atau untuk tontonan umum semata-mata?

"Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya (terhadap agama) Allah (dengan perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya), dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka (dengan membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri hendak sembahyang, mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya disangka bahawa mereka orang yang beriman), dan mereka pula tidak mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang) melainkan sedikit sekali (jarang-jarang)."
(An-Nisaa' 4:142)

Ayat di atas ada kaitan dengan babak yang diselitkan dalam cerita MUNAFIK.

Sepanjang jalan cerita MUNAFIK, pasti akan ada skrip yang mengingatkan bahawa biarlah kita sentiasa yakin dengan Allah, mohon petunjuk daripada Allah, jaga iman walaupun ada turun dan naik serta pelbagai mesej yang baik-baik.

Dua kali Fiqqq tengok filem ini walaupun tak senang duduk dek kerana beberapa kali kerusi asyik kebelakang sebab terperanjat. Namun, Fiqqq tetap gigih dan beranikan diri untuk ulang tonton sebab jalan cerita yang sangat menarik.



Tahniah buat Syamsul Yusof kerana beri satu kelainan bagi Fiqqq dalam cerita MUNAFIK. Bagi anda yang belum saksikan lagi, jangan lepaskan peluang untuk dapatkan tiket dikaunter wayang berdekatan. Kalau beli CD atau DVD, pastikan yang original. Hahaha

dan ... dan ... dan ... Tampar diri, tanya iman ... Hanya pendapat peribadi Fiqqq semata dan tidak ada kaitan yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia.

Hurmmmm ... Lupa, Fiqqq bagi 4.5/5 ... :D