6 Kafe Wajib Singgah di Bangsar : Bersama Ketchup Blogger Speed Run

Fiqqq bersama rakan-rakan blogger Kelab Blogger Ben Ashaari (eh! family baru Fiqqq :D) dan geng baru dalam program KetchUp Blogger Speed Run sempat berlari dan berkejaran di sekitar Bangsar untuk memenuhi permintaan Mr Tekak dan Mr Perut.

Apa yang KetchUp ni? 

Merupakan sebuah kumpulan yang mengumpulkan - mengolah - menyampaikan maklumat berkenaan kafe/restoran yang menarik di kawasan sekitar. Maka, penggemar kafe/restoran yang mencari tempat untuk lepak/makan/bersantai dan sebagainya, boleh la layari ketchup.com.my.


36 Kafe . 36 Blogger . 6 Hari . 6 Kawasan . 1 Cerita . 

Fiqqq dimaklumkan bahawa sebagai permulaan perjalanan Ketchup ni, Kelab Blogger Ben Ashaari merupakan Rakan Sosial Rasmi dalam mempromosikan aktiviti-aktiviti Blogger Speed Run yang dijalankan. Fiqqq sertai pasukan penutup tirai untuk 6 hari (setiap hujung minggu). Jom kita jalan sama-sama:

1 - PULP by Papa Palheta

Pulp merupakan kafe yang menyediakan pelbagai jenis kopi dan mempunyai keunikan tersendiri. Apa yang unik? Haaaa, ni Fiqqq nak cakap. Kopi yang dihasilkan menggunakan antara kopi terbaik dan cara penyediaan yang sangat teliti. Mana tidaknya, pelbagai jenis mesin kopi yang anda boleh lihat sendiri di sini. Sudah pasti dengan menggunakan mesin yang baik dapat menghasilkan rasa kopi yang terbaik. Selain itu, Fiqqq suka konsep kafe dan dekorasi yang ringkas dan cantik. Ada 'class' weyyy kedai ni. Huhuhu

Jom datang sini dan cuba sendiri. 








2 - Roost

Kalau inginkan tempat makan dan minum yang selesa, menarik dan santai, Fiqqq cadangkan Roost. Di sini juga dapat lihat secara langsung penyediaan makanan kerana dapur mereka terbuka. Kenapa terbuka? Seperti yang dimaklumkan, Roost menyediakan makanan yang terbaik dan segar. Jadi untuk membuktikan kesegaran dan keenakan yang dijanjikan apabila masuk ke dalam mulut, mereka tayangkan semua cara penyediaan makanan. 

Contoh lah nantikan. Jika kita ingin buat majlis dan tidak sempat untuk membuat persediaan atau sebagainya, anda boleh beri kepercayaan kepada Roost kesemuanya dan anda cuma tinggal datang dan 'Have Funnnn !!!"








[Fiqqq *****]





3 - Hanbing

Annyeong!!!

Hahahaha. Fiqqq tidak perlu ke Korea untuk menikmati makanan sana. Cukup sekadar pergi ke Hanbing Korean Dessert Cafe. Pelbagai jenis makanan korea yang Hanbing hidangkan dan pasti tidak mengecewakan. Lebih-lebih lagi apabila mereka masak beberapa makanan Korea di hadapan anda dan boleh terus dihidang dan makan.

Memang menguji kesabaran apabila kita lihat mereka masak di hadapan kita. Mana tidaknya, bau dia memang perghhhh!!!! Huhuhu.

Ingat makanan Korea, ingat Hanbing!!!













[Fiqqq *****]


4 - Ashley's

Andai anda jenis yang menjaga pengambilan makanan seharian, Ashley's adalah tempat yang perlu anda kunjungi. Kenapa? Kerana mereka menyediakan makanan organik dan tidak menggunakan sebarang pewarna tiruan dan sebagainya. Tidak perlu risau atau khuatir kerana mereka memilih bahan dan makanan yang terbaik untuk hidangan anda. 

Jom kita sihat bersama Ashley's by Living Food












5 - Tedboy Bakery

Tedboy Bakery akan membuka selera anda sejurus melangkah masuk ke dalam kedai. Mana tidaknya, pelbagai bentuk/jenis/rasa roti dan pastri yang tersangatlah sedap yang ada di Tedboy Bakery. Yup! Sangat sedapppp! dan kepada anda yang sudah berkeluarga dan mempunyai anak kecil, boleh bagi mereka main di ruang kanak-kanak. Huhuhu.

Fiqqq hilang kata-kata untuk menu di sini sebab sedappppp!!!! Hahaha :D









[Fiqqq *****]







6 - Ojo Coffee

'Less is better'.

Fiqqq suka konsep kafe Ojo yang sangat ringkas dan luas serta selesa. Susun atur meja agak berbeza daripada kafe yang lain dan membuatkan Fiqqq rasa 'WOW' setiba melangkah masuk di kafe ini. Berkenaan dengan minuman yang disediakan memang berbeza kerana ibarat kita memesan kek ataupun makanan. Mana tidaknya, kopi red velvet. Hahahaha. 

Jika inginkan sesuana yang berbeza, rasa kopi yang berbeza, Jom datang sini! JOM!!!!!











Okey. Fiqqq rasa lapar semula dek kerana menulis entri berkaitan makanan. Dugaan betul. Dah ada idea mana nak lepak hujung minggu ni area Bangsar? Sebarang maklumat boleh dapatkan di ketchup.com.my

Mana menu yang Fiqqq tanda [Fiqqq *****], memang Fiqqq akan datang dan pesan lagi menu tu. Sedappppp!!! Ada yang sampai tak boleh move on. Hahahaha. Dan ... dan ... dan ...

Boleh cuba layari :

Laman Web : http://ketchup.com.my/
Instagram : https://www.instagram.com/ketchup_my/
Facebook : https://www.facebook.com/KetchUpCommunity/